Majlis Pengawasan Syariah Etiqa Takaful

Sunday, June 26, 2011

Etiqa Mempersilakan...

Promo Etiqa @ Karnival Jom Heboh, Kota Kinabalu, Sabah.


Wednesday, June 15, 2011

Kajian Insurans dan Amalan (Ringkas) – Lloyd’s


Lloyd’s – satu nama yang cukup besar dalam perniagaan insurans di dunia. Dikenali juga sebagai Lloyd’s of London merupakan sebuah syarikat British yang menjalankan perniagaan insurans dan reinsurans, mempunyai pasaran terbesar di dunia dengan kutipan premium tahun 2009 direkodkan sebanyak £21.97 billion (RM109.85 bilion) setahun.

Apa yang amat mengkagumkan, selain daripada pasaran insurans dan reinsurans, Lloyd’s juga menguasai pasaran perbankan melalui Lloyd’s TSB (Truste Savings Bank) Plc., pengklasifikasi maritim melalui Lloyd’s Register Group, perkapalan dan kontena melalui Lloyd’s Register of Shipping dan Hapag-Lloyd yang beroperasi di seluruh dunia, jurnal tertua mengenai perkembangan maritime dan perkapalan yang dinamakan Lloyd’s List, rujukan undang-undang melalui Lloyd’s Law Reports dan khidmat guaman terkenal iaitu Lloyd’s Legal Firm. Kewujudan pelbagai industri dan pasaran yang dikendalikan oleh syarikat gergasi Lloyd’s dan sekutunya member inspirasi kepada kerajaan British untuk mewujudkan satu peruntukan undang-undang yang istimewa dan termaktub di dalamnya undang-undang perkhidmatan kewangan dan pasaran dikendalikan oleh Council of Lloyds yang dinamakan Lloyd’s Act yang digazetkan pada tahun 1871.

Sejarahnya bermula di Lloyd’s Coffee House, yang dibuka oleh Edward Lloyd pada 1688 di Tower Street, London. Ia merupakan tempat yang popular bagi pelayar, pedagang dan pemilik kapal yang singgah bertukar berita mengenai perkembangan perniagaan dan perkapalan. Mereka juga berbincang mengenai penyertaan pakatan dana insurans yang diuruskan oleh sebuah jawatankuasa. Setelah beberapa tahun beroperasi, Lloyd’s Coffee House menjadi terkenal sebagai sebuah tempat yang menguruskan insurans bagi kapal-kapal yang akan belayar di lautan. Bermula dengan perniagaan restoran, perniagaan Lloyd’s berkembang maju dengan keutamaan perniagaannya dikhususkan kepada insurans perkapalan.

Berkembangnya perniagaan insurans perkapalan di British memaksa kerajaan menggariskan peruntukan undang-undang yang dinamakan Lloyd’s Act pada 1871 dan dipinda pada tahun 1911 dan 1982 berikutan perkembangan perniagaan Lloyd’s kepada industry yang lain.

Di Lloyd’s, terdapat dua kelompok individu yang berperanan dalam mengukuhkan perniagaannya, Pertama, Members atau pemegang saham dan yang kedua agen, broker dan golongan professional yang menyokong Members dan mewakili para pelanggan di luar sana.

Broker di Lloyd’s berperanan seperti agen yang mewakili dan menjadi orang tengah bagi pelanggan dan Lloyd’s. Pelanggan tidak berurusan secara langsung dengan Lloyd’s kerana mereka perlu diwakili oleh broker yang diupah oleh mereka yang merupakan satu-satunya entity yang berdepan dengan pelanggan di Lloyd’s. Broker berperanan menentukan terma dan harga yang sesuai bagi sesuatu polisi melalui perbincangannya dengan pelanggan. Amalan ini diguna pakai dalam peniagaan insurans di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

By Crystal World Consultancy.