Majlis Pengawasan Syariah Etiqa Takaful

Saturday, December 4, 2010

Announcement!

I'm now subsumed under the Hijrah Maju Group


Hijrah Maju Group (HMG) is a registered agency under the Etiqa Takaful Berhad. HMG is headed by Mr. Hassan bin Saharan agency who is a manager appointed by Etiqa Takaful Berhad.

Hijrah Maju Group is based in Ketereh, Kelantan and now has two branches namely in Besut, Terengganu and in Baling, Kedah. Going forward is to open a branch office in Taiping, Perak in its effort toprovide effective services to our customers and accelerate the development of the Takaful industry in the state.


Since its inception, HMG has successfully trained many Takaful entrepreneurs to succeed in this field. HMG also has a track record of outstanding service to its customers in an effort to increase efficiency in managing applications and Takaful claims. In addition, HMG is actively carrying out research on new markets, entrepreneurial motivation, customer problems and how to most effectively and efficiently to address them.

Therefore, the decision to join the Hijrah Maju Group, my business plan will be more smoothly to improve the business potential and create new opportunities for entrepreneurs who are interested in addition to providing the best service to its customers.

Customer Service - An Integral Part of Our Business


Encik Abdul Mutalib telah mendaftarkan anaknya untuk menyertai Pelan Simpanan Pendidikan, Takaful Sarjana untuk anak kesayangannya, Nor Jannah. Tanpa diduga anak beliau telah jatuh sakit dan mengalami hilang upaya kekal. Pihak kami menyerahkan cek berjumlah RM 19,148.80 sebanyak tiga kali untuk kegunaan rawatan dan masa depan anaknya. Hijrah Maju sentiasa mementingkan perkhidmatan dengan menguruskan semua tuntutan peserta sehingga penyerahan cek kepada waris peserta. Lokasi: Perlis.



Penyerahan cek kematian ALLAHYARHAM MAHADI ALI. Peserta ini hanya sempat menyumbang untuk bulan pertama berjumlah RM 130.00 dan umur beliau tidak panjang dan sebulan selepas menyertai Takaful, beliau telah kembali ke rahmatullah. Pihak Hijrah Maju menyerahkan cek berjumlah RM39,097.64 kepada balu Allahyarham.
Lokasi : Kemaman





Friday, December 3, 2010

Etiqa Takaful raih RM2.37 bilion

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa Takaful) muncul sebagai syarikat takaful tempatan pertama meraih perolehan tertinggi berjumlah RM2.37 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2010.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahril Azuar Jimin dalam kenyataannya di sini berkata, dengan prestasi itu, Etiqa Takaful mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju di dalam pasaran dan industri takaful di Malaysia.

Etiqa Takaful menjadi pengendali takaful pertama untuk mencatatkan sumbangan keseluruhan melebihi RM1 bilion tiga tahun lalu.

Perolehan Etiqa Takaful menyaksikan peningkatan 32 peratus dengan sumbangan keseluruhan peniagaan takaful keluarga meningkat 30 peratus manakala takaful am 40 peratus.

Aset keseluruhan Etiqa Takaful juga bertambah sebanyak 16 peratus dan keuntungan sebelum cukai turut naik 18 peratus kepada RM107 juta berbanding RM90 juta pada tahun kewangan 2008/2009.

Shahril berkata, pencapaian Etiqa Takaful itu adalah hasil prestasi yang memberansangkan semua perniagaan dan inovasi dalam operasi serta proses-proses perniagaan.

‘‘Kekuatan Etiqa Takaful terletak kepada kemampuannya sebagai sebuah pengendali takaful yang mempunyai pelbagai saluran perniagaan.

‘‘Ia termasuk memiliki 23,000 wakil dan 30 cawangan kami berserta 450 cawangan Maybank di seluruh Malaysia dan bank-bank pihak ketiga serta perniagaan perusahaan korporat,’’ kata beliau.

Sehingga bulan Mac 2010, Etiqa Takaful menguasai 44 peratus daripada keseluruhan pasaran takaful tempatan.

Peningkatan dalam perniagaan kenderaan adalah hasil perubahan di dalam proses perniagaan baru yang melibatkan transaksi di talian dan secara mudah alih untuk pembayaran, pengeluaran polisi, pengeluaran resit dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Ini menjadikannya transaksi lebih mudah dan ringkas untuk pelanggan mendapatkan perlindungan untuk kenderaan mereka.

Semarak konsep saling membantu

KUALA LUMPUR 14 Julai - Umat Islam di negara ini disaran menyertai skim takaful supaya dapat menyemarakkan lagi konsep saling bantu-membantu apabila hasil tabungan bersama itu diagihkan kepada golongan yang dilanda musibah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pencarum skim takaful itu pula dapat mengamalkan ibadat bersedekah.

''Pencarum hanya perlu membayar jumlah yang ditetapkan setiap bulan dan cara ini lebih mudah berbanding memasukkan wang ke dalam tabung masjid dan sebagainya untuk bersedekah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Dunia Takaful-Takaful Keluarga 2010 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Etiqa, Datuk Aminuddin Md. Desa dan CEO Etiqa Takaful Berhad, Shahril Azuar Jimin.

Persidangan selama dua hari itu melibatkan 600 peserta termasuk 60 peserta luar negara seperti Britain, Nigeria, Afrika dan Eropah.

Jamil Khir berkata, umat Islam di negara ini mula menunjukkan kesedaran untuk menyertai skim takaful.

''Walaupun penembusan takaful di pasaran hanya lapan peratus dan nampak kecil berbanding skim insurans lain, tetapi ukuran ini boleh dianggap besar kepada industri yang masih baru di negara ini," katanya.

Menurutnya, pada tahun lalu sahaja sebanyak 680,000 sijil takaful keluarga telah diedarkan.

''Skim takaful memberi sumbangan berjumlah RM3.5 bilion pada tahun lalu dengan takaful keluarga berjumlah RM2.1 bilion,'' katanya.

Tambah beliau, bilangan ejen takaful di negara ini turut meningkat dan kini mencecah 88,898 orang.

''Daripada jumlah itu ejen takaful keluarga sahaja adalah seramai 55,898 orang," katanya.