Tuesday, December 22, 2009
Majlis Sambutan Tahun Baru 1431 Hijrah
Majlis ini bermula pada jam 6.30 petang, dimulai dengan bacaan doa akhir tahun dan solat maghrib secara berjemaah. Selesai solat, satu kuliah agama sempena Maal Hijrah telah disampaikan.
Kuliah ini dihadiri oleh lebih 30 orang Wakil dan Pengurus Agensi Etiqa dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada tetamu yang hadir.
Disamping itu, satu kutipan derma daripada Wakil yang berjumlah RM333.30 berjaya dikutip dan telah disumbangkan kepada Ma'had Tahfiz Batu Kurau. Tanggungjawab penyerahan sumbangan tersebut telah diberikan kepada En. Azizul Hisham oleh Pengurus cawangan Etiqa Takaful Taiping, En. Nasirrudin untuk diserahkan kepada Pengetua Ma'had Tahfiz tersebut.
Secara keseluruhannya program ini berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan sejak penubuhan cawangan Etiqa di sini untuk melahirkan ramai usahawan takaful di daerah Taiping sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali takaful pilihan warga Taiping. Pada masa yang sama, aktiviti wakil diterapkan dengan nilai-nilai murni dari sudut agama dan kebajikan seperti yang telah dilaksanakan dalam program seperti ini.
Thursday, December 17, 2009
Cara-cara membuat tuntutan Elaun Hospital
2. Sebaik sahaja keluar wad, dapatkan 'discharge note' yang mengandungi tarikh masuk dan keluar wad, dan diagnosis penyakit yang anda alami. Hanya 'discharge note' diperlukan untuk tuntutan kemasukan ke wad kurang dari seminggu.
3. Jika anda dimasukkan ke wad selama lebih seminggu, 'medical report' perlu disertakan untuk semakan pihak Etiqa Takaful. Permohonan untuk mendapatkan 'medical report' boleh dibuat di hospital dengan bayaran RM 40.00 dan biasanya boleh diterima dalam masa empat (4) minggu.
4. Isikan borang tuntutan yang boleh diambil dari cawangan berdekatan atau melalui wakil anda. Sertakan salinan 'discharge note' atau 'medical report', salinan tiga (3) helai muka depan polisi dan borang tuntutan yang telah diisi (di Etiqa Takaful, hanya salinan yang diperlukan, tidak perlu yang 'original').
5. Hantarkan ke cawangan berdekatan dengan segera. Cek bayaran akan diterima melalui pos ke alamat terkini dalam masa kurang dari sebulan.
6. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan tentang status tuntutan, sila hubungi talian pelanggan kami di 1-300-13-8888 (Etiqa Oneline Contact Center).
Tuesday, December 15, 2009
Tips mengambil polisi insurans!
1. Mengambil insurans adalah tindakan yang bijak kerana kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri.
2. Orang ramai digalakkan mengambil insurans ketika masih muda dan sihat mengikut kemampuan.
3. Lebih muda usia bermula mengambil insurans, lebih tinggi pulangan apabila tempoh matang insurans.
4. Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan pelbagai syarikat antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am.
5. Ada takaful yang mengamalkan pelaburan secara islamik dan pelanggan tidak seharusnya risau mengenai masalah riba yang selalu dikaitkan dengan insurans.
7. Insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang dimasukkan ke wad dijamin tanggungan perbelanjaan kos rawatan dan boleh mendapatkan bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.
8. Jika pemegang polisi insurans meninggal dunia akibat musibah, nilai pampas an insurans akan diserahkan kepada warisnya.
9. Pelanggan digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini.
Perbezaan Takaful & Insurans
Apakah yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
• Tanggal 15 Jun 1972, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang FASID (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur GHARAR (tidak ketentuan), MAISIR (judi) dan RIBA.
• Gharar bermaksud “ketidakpastian”. Maksud ketidakpastian dalam muamalat Islam ialah: “Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain”.
• Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.
• Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud apabila:
1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
• Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
• Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional.
• Tabarru’at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.
• Bank Negara jugak mewajibkan setiap pengendali Takaful supaya mempunyai satu badan yang dikenali sebagai Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab mengawalselia produk dan pelaburan syarikat supaya tidak bercanggah daripada prinsip muamalah yang berteraskan hukum syarak. Sebagai contoh pengendali takaful Etiqa Takaful Berhad mempunyai Majlis Pengawasan Syariah yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Hj. Harussani bin Hj. Zakaria.
• Syarikat pengendali takaful di Malaysia:
1. Etiqa Takaful Berhad
2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
3. Prudential BSN Takaful Berhad
4. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
5. Commerce-Takaful Berhad.
6. MAA Takaful
7. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad