1. Anda perlu dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya satu (1) hari atau menerima rawatan di bilik rawatan selama enam (6) jam ke atas.
2. Sebaik sahaja keluar wad, dapatkan 'discharge note' yang mengandungi tarikh masuk dan keluar wad, dan diagnosis penyakit yang anda alami. Hanya 'discharge note' diperlukan untuk tuntutan kemasukan ke wad kurang dari seminggu.
3. Jika anda dimasukkan ke wad selama lebih seminggu, 'medical report' perlu disertakan untuk semakan pihak Etiqa Takaful. Permohonan untuk mendapatkan 'medical report' boleh dibuat di hospital dengan bayaran RM 40.00 dan biasanya boleh diterima dalam masa empat (4) minggu.
4. Isikan borang tuntutan yang boleh diambil dari cawangan berdekatan atau melalui wakil anda. Sertakan salinan 'discharge note' atau 'medical report', salinan tiga (3) helai muka depan polisi dan borang tuntutan yang telah diisi (di Etiqa Takaful, hanya salinan yang diperlukan, tidak perlu yang 'original').
5. Hantarkan ke cawangan berdekatan dengan segera. Cek bayaran akan diterima melalui pos ke alamat terkini dalam masa kurang dari sebulan.
6. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan tentang status tuntutan, sila hubungi talian pelanggan kami di 1-300-13-8888 (Etiqa Oneline Contact Center).
No comments:
Post a Comment