Majlis Pengawasan Syariah Etiqa Takaful

Tuesday, December 22, 2009

Majlis Sambutan Tahun Baru 1431 Hijrah

Pada 17 Disember 2009, Etiqa Takaful dengan kerjasama Agensi ADS telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru 1431 Hijrah di Pejabat cawangan Etiqa di Kamunting.


Majlis ini bermula pada jam 6.30 petang, dimulai dengan bacaan doa akhir tahun dan solat maghrib secara berjemaah. Selesai solat, satu kuliah agama sempena Maal Hijrah telah disampaikan.


Kuliah ini dihadiri oleh lebih 30 orang Wakil dan Pengurus Agensi Etiqa dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada tetamu yang hadir.


Disamping itu, satu kutipan derma daripada Wakil yang berjumlah RM333.30 berjaya dikutip dan telah disumbangkan kepada Ma'had Tahfiz Batu Kurau. Tanggungjawab penyerahan sumbangan tersebut telah diberikan kepada En. Azizul Hisham oleh Pengurus cawangan Etiqa Takaful Taiping, En. Nasirrudin untuk diserahkan kepada Pengetua Ma'had Tahfiz tersebut.


Secara keseluruhannya program ini berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan sejak penubuhan cawangan Etiqa di sini untuk melahirkan ramai usahawan takaful di daerah Taiping sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali takaful pilihan warga Taiping. Pada masa yang sama, aktiviti wakil diterapkan dengan nilai-nilai murni dari sudut agama dan kebajikan seperti yang telah dilaksanakan dalam program seperti ini.

No comments: