Majlis Pengawasan Syariah Etiqa Takaful

Tuesday, December 15, 2009

Perbezaan Takaful & Insurans


Apakah yang membezakan takaful dan insurans konvensional?

• Tanggal 15 Jun 1972, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang FASID (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur GHARAR (tidak ketentuan), MAISIR (judi) dan RIBA.

• Gharar bermaksud “ketidakpastian”. Maksud ketidakpastian dalam muamalat Islam ialah: “Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain”.

• Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.

• Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud apabila:
1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

• Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

• Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional.

• Tabarru’at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.

• Bank Negara jugak mewajibkan setiap pengendali Takaful supaya mempunyai satu badan yang dikenali sebagai Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab mengawalselia produk dan pelaburan syarikat supaya tidak bercanggah daripada prinsip muamalah yang berteraskan hukum syarak. Sebagai contoh pengendali takaful Etiqa Takaful Berhad mempunyai Majlis Pengawasan Syariah yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Hj. Harussani bin Hj. Zakaria.

• Syarikat pengendali takaful di Malaysia:
1. Etiqa Takaful Berhad
2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
3. Prudential BSN Takaful Berhad
4. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
5. Commerce-Takaful Berhad.
6. MAA Takaful
7. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad

No comments: